Tentang

Nama blog aku masterpakpandir.wordpress.com

Blog ini baru aku bangunkan dan sebelum ini aku ada blog tapi kurang aku dapat bangunkan disebabkan kesibukkan.
Namun, dalam blog nie aku cuba sedaya upaya aku untuk membangunkan blog nie dari “tiada” sampai “ada”.

Agak-agak kenapa aku letak nama pak pandir pada domain aku??

Pada asalnya nama PAK PANDIR sekadar nama sahaja. Maksudnya buat ada-ada je. Tapi aku terfikir kenapa aku letak saje-saje??
Lepas puas aku fikir aku dapat juga jawapan yang sesuai dengan blog aku.

Sebab aku letak nama PAK PANDIR kerana PAK PANDIR sinonim dengan sifat yang lurus bendul. Tetapi aku guna nama PAK PANDIR sebagai satu “trademark” bagi diri aku yang mana aku mahu jadi PAK PANDIR MODEN. Senang cerita aku adalah PAK PANDIR yang berilmu.

Aku mahu memberi satu dimensi yang baru pada nama PAK PANDIR. Biar orang kenal aku PAK PANDIR MODEN yang bukan PAK PANDIR LAMA seperti terdapat dalam cerite dongeng. (Harap-harap boleh terima jawapan aku nie..hehehe)

Perkataan MASTER pulak bukanlah aku nie seorang MASTER atau pun SIFU. Tak delaa aku nie pandai semua hal. Tapi aku cuma mahu jadi MASTER dalam hidup aku.