Cara-cara membuat sticky post untuk wordpress

sticky post

Nampaknya sudah lama aku tak update blog ni. Kadang-kadang je aku update. So, kali ini aku nak buat satu tutorial mudah bagi pengguna wordpress iaitu membuat sticky post atau dalam bahasa yang lebih mudah jadikan post kita melekat.

Macam kita buat satu memo lepas tu lekatkan di peti ais atau cucuk dengan jarum.

Untuk pengguna wordpress, memang mudah tanpa sebarang coding diperlukan. Sama je macam kita lekat memo kat peti ais tu.

Cara membuat sticky post ni ada dua cara nak buat.

1. Dibahagian Quick Update.

2. Dibahagian area Publish.

Kita teruskan dengan tutorial bahagian pertama di Quick Update.

1. Klik pada Post di side bar sebelah kiri.

sticky post

2. Cari post yang ingin dibuat sticky post.

3. Klik pada Quick Edit. Nanti akan dropdown menu.

sticky post 2

4. Tick kan pada “Make this post sticky”.

sticky post 3

5. Setelah itu, klik update.

Untuk ini bahagian dua di area Publish. Yang ni senang je.

1. Klik pada Add New dibahagian Post.

sticky post 6

2. Klik Edit dibahagian Visibility.

sticky post 7

3. Tick pada kotak tersebut dan kemudian klik ok.

sticky post 8

Ok… Sudah siap untuk membuat sticky post.

Jadi nanti post yang korang buat tu nanti akan melekat untuk dijadikan post pertama didalam blog korang walaupun post tu dah lama. Kalau untuk dijadikan post terbaru boleh juga terutama nak bagi orang alert bagi tujuan contest.

Jadi bila pelawat baru datang ke blog korang terus dia baca post tu tanpa perlu di cari lagi di blog.

Sebenarnya aku mula terfikir hal ni masa join Contest Aksi Makan yanmieonline.com. Masa tu post mengajak masuk contest sentiasa dijadikan post pertama di blog Kak Yan. Pelik juga macam mana dia buat walaupun blog tu sentiasa di update.

Rupanya guna kaedah sticky post. Macam mana dulu boleh tak perasan. Dulu perasan tapi tak tahu apa benda tu. Lepas buat untuk blog aku yang lagi satu baru faham.

Kepada pengguna wordpress bolehlah korang mencuba.🙂

This entry was posted in Tutorial Wordpress. Bookmark the permalink.

4 Responses to Cara-cara membuat sticky post untuk wordpress

  1. Ali ridha says:

    senang betulkan guna wordpress.

  2. noraqerul06 says:

    many thanks🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s