Cara setting autosave di microsoft word

Mungkin korang pernah terkena bila tengah buat kerja di microsoft word tiba-tiba elektrik terputus. Pulak tu kerja korang belum lagi save. Dahlah banyak korang dah taip. Mesti bengang punyalah.

Dulu aku pun pernah kena masa belajar dulu. Tapi selalu perasan setiap kali masa menaip tiba-tiba macam dia save sendiri.

autosave

So, kali ni aku nak ajar untuk setting time autosave.

1. Macam biasa korang pergi buka microsoft word.
2. Lepas tu, klik butang besar atau Main menu. Klik pada Word Options.

autosave 2
3. Klik pada SAVE.
4. Ubah time autosave kepada 5 minit.

autosave 3
5. Dah siap klik OK.

Sekarang autosave kerja korang akan berlaku setiap 5 minit.

Kenapa aku cadangkan untuk ubah dari 10 minit kepada 5 minit?

Andai kata kita guna 10 minit dan berlakunya blackout dalam masa 10 minit tu juga sudah tentu semua kerja kita “hancur” macam tu je. Kalau 5 minit tak adalah korang marah sangat sebab kerja menaip dalam 5 minit tu tak banyak. Betul tak??

Ini semua bergantung kepada kelajuan korang menaip.

Kenapa kita tak setting time autosave kepada 1 minit?

Nampak memang cepat dan dapat menyelamatkan semua kerja menaip. Tapi kita kena fikir setiap kali autosave kerja menaip akan berhenti seketika. Jadi mesti korang bosan asyik-asyik terhenti-henti nak buat kerja menaip. Selain tu, hard disc korang nanti mula busy bukan hanya disebabkan nak autosave tapi nak run semua program yang korang buka. Lama-lama hang terus komputer.

Kaedah autosave ni boleh dibuat pada semua microsoft office.

Ok… Itu sahaja untuk tutorial komputer kali ni.

Selamat mencuba.

This entry was posted in Komputer dan Tutorial. Bookmark the permalink.

8 Responses to Cara setting autosave di microsoft word

  1. liyana says:

    thankz..sangat bergune..=)

  2. kulanz says:

    perkongsian berguna.. akupun baru juga guna MS Word 2007 ni.. jadi masih tak biasa sangat dengan setting dia.. nanti nak buat juga.. thanks

  3. WAHYU says:

    dari Indonesia say thks.., sangat berguna dikala darurat.

  4. terimakasih infonya bang . sangat membantu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s