Ini post saya yang ke-100

yeahhh....100 post

Sudah lama aku tak update blog ni. Dah bersawang blog aku. Hehehe…

Untuk post kali ni memang menarik sebab ini merupakan post yang ke-100. Macam tak percaya akhirnya aku berjaya membuat post yang ke-100.

Masa mula-mula buat post yang pertama dulu memang susah sebab tak ada idea sangat. Tapi setelah membuat blogwalking dapatlah juga idea macam mana nak buat post yang pertama antaranya cerita pengalaman sendiri, guna video dari Youtube, gambar dan macam-macam lagi.

Masa buat post yang pertama aku kurang yakin sebab kadang-kadang terfikir nak guna ayat formal atau biasa je. Dari pemerhatian aku kebanyakkan blogger banyak guna ayat biasa je yang lebih mudah pengunjung faham apa yang blogger tu sampaikan.

Selepas membuat post dari 1 menjadi 2…dari 2 menjadi 10 dan ia terus bertambah sehinggalah post ke-100 ni. Dari segi penulisan ada sedikit berubah. Kalau dulu macam skema sikit tapi sekarang mula sempoi setiap kali buat post.

Kalau post mengenai tutorial seperti kategori komputer memang aku cuba bagi yang terbaik supaya semua orang boleh faham macam mana nak buat. Kadang-kadang terasa susah juga. Nak kena capture gambar tulah…gambar nilah.

Tapi bila dah publish kemudian ada orang bagi komen mengatakan artikel ni membantu syukur sangat-sangat sebab apa yang kita ajar orang dapat praktikan.

Sepanjang aku terbitkan post ada yang langsung tak ada komen. Terfikir kenapalah tak ada orang komen. Kemudian sejak masuk tahun 2011 aku cuba membuat blogwalking dan memberi komen dan alhamdulillah sejak dari tu aku mula mendapat komen di blog aku. Terasa meriah blog aku ni.

Walaupun komen yang diberi tak adalah sampai berpuluh-puluh seperti blogger lain tapi cukuplah blog aku ni ada juga orang bagi komen.

Terima kasih kepada yang memberi komen blog yang tak seberapa ni.

Masa buat pos pertama seksa memikirkannya. hehehe

 

Masa aku buat satu-satu post dulu biasa buat draft dengan menggunakan kertas dan pen. Jenuh giler buat macam tu. Berjam-jam juga aku buat. Aku pun terfikir macam mana blogger lain boleh buat post dengan mudah.

Aku pun tak tahu macam mana diorang buat tapi kebanyakkannya banyak mengatakan buat draft dulu kemudian baru publish. So, apa yang aku faham guna apa cara pun untuk buat draft kemudian baru terbitkan.Tapi sebelum terbitkan pastikan tak ada kesalahan ejaan. Kalau boleh check banyak kali sebelum terbitkan.

Kini aku dah guna notepad sebagai tempat membuat draft. Nampak lebih selesa nak mencurahkan idea berbanding kertas sebab kalau guna kertas bila dah penuh satu muka surat terus aku berhenti. Kalau sambung kat muka surat baru tak berapa seronok sebab tak nampak idea kita sebelum ni.

Itu sahaja dari aku. Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dengan blogging bolehlah buat macam aku buat.

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

12 Responses to Ini post saya yang ke-100

  1. mijie says:

    tahniah bro, 100 post sampai juga akhirnya

  2. fikryn says:

    Eh kalau seratus tu jubli apa ya?
    Tahniah.. bukan senang nak buat entri sampai seratus tu..

  3. akubiomed says:

    Tanniah bro bukan senang hendak mengeluar ide dan kemudian menulis

  4. etomyam says:

    tahniah, nanti kumpul boleh republish jadi ebook tu😀

  5. kulanz says:

    tahniah juga bro
    dah 100 kira banyak juga tu.. teruskan semangat blogging

  6. bro, kalau blogger platform blogspot, dorang guna windows live writer je, ramai yg kata senang, tapi wordpress aku tak tau pula, tapi dalam notepad tu praktikal juga,

    moga lepas ni berganda lagi 100😀

    • Syah says:

      ooo…tak tahu plak senang guna windows live writer tuk blogspot. aku ada juga blog guna platform blogspot. biasa terus buat post je. lepas ni boleh laa cuba guna windows live writer.🙂 thanks bro.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s