Azizulhasni Awang kemalangan pada saingan akhir keirin di Manchester

azizulhasni awang kemalangan di korat thailand

Hari ni di muka hadapan surat khabar utusan terpapar Azizulhasni kemalangan semasa perlumbaan di Manchester. Terkejut aku tengok dengan kayu serpihan kayu sepanjang 23cm tertusuk di betis kiri dia.

Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek profesional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua pelumba lagi terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan perlumbaan dengan cara yang berbeza.

Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasley untuk meneruskan perlumbaan dan tidak sedar serpihan kayu tertusuk dari bahagian kanan menembusi bahagian kiri betisnya, manakala Dawkins melintasi garisan penamat sambil menolak basikalnya.

Tapi dia berjaya mendapat pingat gangsa walaupun semasa melintasi garisan penamat dalam keadaan cedera. Apa yang lebih membanggakan dia berjaya muncul juara keseluruhan Piala Dunia Klasik dan berada di ranking nombor 1 dunia. Tahniah aku ucapkan kepada Azizulhasni.

Namun, ada juga khabar mengatakan dia tidak dapat menyertai Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda.

Berita Azizulhasni mengalami kemalangan ni bukan sahaja mendapat liputan di Malaysia tetapi turut diluar negara antaranya BBC, Telegraph dan Velonews.

Apa yang aku boleh cakap kat sini diharapkan dia cepat sembuh dari pembedahan. Sebelum ni pun aku pernah terdengar athlet lebih cepat sembuh bila mengalami kecederaan.

This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

6 Responses to Azizulhasni Awang kemalangan pada saingan akhir keirin di Manchester

  1. SobriMansor says:

    Aku tumpang bangga sebab semangat yang dia tunjukkan walaupun dalam keadaan cedera.

  2. Hadi Rofiee says:

    Serpihan kayu yang tertusuk di betis itu, memang menggerunkan.

    Tahniah Azizul hasni untuk Malaysia. Yeah.

  3. rayza says:

    ui!!!ngerinya.memilukan gigi tul ler..
    peh!tahan sakit 2..
    tahniah diucapkn pd azizulhasni.semoga cepat sembuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s