Aku jadi mak bidan di hari Maulidur Rasul

Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat bersama-sama menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada 15hb Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabi`ul awal 1432 Hijrah.

Banyak kisah sejarah telah dicipta sepanjang Nabi Muhammad S.A.W hidup dan dialah antara model terbaik untuk kita contohi.

Di Malaysia sudah menjadi lumrah untuk kita berarak sambil berselawat keatas nabi. Insyallah…semoga setiap lafaz selawat yang kita lafazkan mendapat ganjaran dari Allah ta`ala.

Berbalik pada tajuk hari ini, aku nak cerita bagaimana aku menjadi mak bidan dihari yang mulia ini.Β 

Ceritanya begini.

Seperti biasa waktu aku membasuh lantai beranda luar aku akan alihkan semua barang termasuklah kerusi, meja bulat, basikal dan motor. Masa nak alihkan motor ternampak ada sekor kucing ni nak beranak. Dengan serta merta aku masukkan kedalam kotak. Selepas tu aku pun basuhlah lantai.

Masa nak tunggu lantai yang aku rendam siap, aku pun tengok-tengoklah mak kucing ni. Bila tengok dah keluar anak. Masa tu ternampak kaki anak dia tersangkut. Aku nak tarik tapi takut. Lepas tu aku tengok kaki dah keluar dengan sendirinya tapi macam ada yang tersangkut jer. Aku pun was-was juga nak buat.

Fikir punya fikir aku dengan beraninya aku tarik tali pusat anak dia ni. Nah kau…sekali keluar tembuni dia. Terloya kejap. Hehehe…

Lepas tu aku pun cucilah lantai. Lepas cuci aku tengok ada lagi. Kali ni dah keluar anaknya tapi masih dalam selaput. Aku pun koyakkan selaput takut anak kucing tu lemas. Kemudian aku tarik tembuni dia. Kali ni lagi senang sebab kat kawasan keluar anak tu dah longgar.

Fuhhh… lega rasanya dua ekor anak kucing ni aku selamatkan. Rekod seumur hidup aku tak pernah buat macam ni. Loya kau… Hehehe..

Tapi yang seronoknya anak dia ni lahir pada hari Mauludir Rasul.

Kadang-kadang terfikir juga aku apakah hikmah disebalik apa yang aku buat tadi.

Seronok pun ada…geli pun ada…nak muntah pun ada. Masa aku buat post ni pun aku loya lagi tau. Hehehe…

Alhamdulillah…mak kucing ni dapat 3 ekor. Semua selamat.

kucing ku beranak...

P/S: Lepas ni aku cerita pasal berapa anak kucing aku ada. Tungguuuu….πŸ™‚

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

9 Responses to Aku jadi mak bidan di hari Maulidur Rasul

  1. liyana says:

    salam..
    hebat ye awk..laki pertama yg mnjadi bidan..hehe
    mmg nk termuntah po..bese la tu,,tp rase puas an?
    sbb dpat tgk kucing2 too hidup..
    sesengguhnya Allah itu Maha Besar..=)
    insyaAllah..hikmah nye dapat phala yg besar sempena hari baginda S.A.W…
    Nabi Muhammad pon gemar kepada kucing..=)

    • Syah says:

      w`salam…
      hehehe…mestilaa rasa puas….sronok..
      skrang ni pun dah ok. dah tak mual lagi.πŸ™‚
      Betul lah…Nabi Muhammad pun suka kucing.

  2. sobrimansor says:

    Dahsyat…semoga Allah membalas jasa baik anda. Berbuat baik pada binantang, pahala berlipat ganda Allah bagi…Tambahan pulak pada Hari Maulidur Rasul

  3. kitton says:

    Peh!Memang bagus.Pasni boleh tambah bidang baru selain jadi MR.MAMA.HE..HE..HE..
    Bertambahlah cucu angkat ibu kita..
    SUTERA dah dapat adik baru..
    Bagitau ibu..letak nama best2 tau..

  4. ejoncb says:

    hehehe…tu baru anak kucing tu..cuba tunggu tgk isteri bersalin nanti jadi mcm mana

  5. aqmar says:

    alhmdulillah…..bnyk pahala awak dpt..tambh time maulidur rasull…..tahniah….:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s