Blogger malaysia termuda yang pernah aku jumpa

sepet itu kacak

Kebiasaanya blogger terdiri dari kalangan golongan remaja dan juga dewasa. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, bujang atau pun yang dah berkahwin. Tapi buat pertama kalinya aku terjumpa seorang blogger termuda iaitu yiedpozi.

Aku terjumpa blog dia ni masa membaca komen di blog wanmus. Mula-mula tengok memang tak percaya bila tengok pada avatar di bahagian komen. Ingatkan guna gambar anak ke…rupanya memang betul. Dia masih bersekolah lagi.

Tapi kenapa aku cakap dia blogger termuda aku jumpa??

Sebelum ni tak pernah ker??

Pernah jumpa tapi kebanyakkannya masih menggunakan blog percuma. Yang ini guna self-hosted. Siapa sangka kecil-kecil cili padi. Bila aku singgah blog ni memang menarik sebab tak macam nampak blog budak kecik.

Blog dia macam orang dewasa. Cuma dapat detect owner dia ni pada header dia sebab ada gambar dia. Ayat yang tak boleh blah “Sepet Itu Kacak”. Power beb ayat dia. Hehehe…

Bila baca artikel dia tak nampak macam budak kecik sebab setiap ayat yang dibuat macam orang dewasa walaupun baru berusia 12 tahun. Sebelum ni aku pernah baca artikel dari blog-blog level budak sekolah di blog percuma nampak beza sangat dengan dia ni.

Biasanya blogger budak sekolah ayat diorang lebih kepada guna short-form, guna blog tuk lepaskan geram, ayat yang tak sedap di dengat pun ada. Tapi dia ni ok.

Kalau siapa-siapa yang baca komen kat page “About Me” ada pengomen yang cakap 12?? 21??. Masing-masing tak percaya sampaikan aku nak buat artikel ni pun macam tak percaya.

Yelaa…budak kecik tu. Hehehe…

Inilah dunia blogging. Siapa-siapa boleh join tak kira peringkat umur. Tapi yang buat aku tak tahan pakai [dot] com. Blog aku jer masih guna blog free. Bila laa nak dapat blog sendiri.

This entry was posted in Review. Bookmark the permalink.

6 Responses to Blogger malaysia termuda yang pernah aku jumpa

  1. mat kalut says:

    sepet itu kacak..hahahha tagline yied kemah doh hahahhahahhaa

  2. Dauspozi says:

    Nice entry bro.. ehehe.. Terima kasih bro untuk entry yg tersangat istimewa ni… (jawab bagi pihak Yiedpozi), actually sekarang umo dia dh 13 tahun.

    • Syah says:

      sama-sama. aku buat entry tuk dia sebab rasa kagum dia ada blog berdomain dot com dan artikel dia tak macam budak-budak. hehehe..
      ingatkan dia umo 12 tahun. nampaknya nanti bro kena lah suruh dia ubah umor dia kat page “about”.

  3. yanmie says:

    Salam, sikit hari lagi ada pulak blogger paling muda dari yiedpozi iaitu adlanpozi…hehehe🙂

    Oh yea nak hosting free trylah masuk contest akak kot2 ada rezeki🙂

    • Syah says:

      w`salam. waa..ada lagi blogger paling muda ea. ntah umo bape laa tu. hehehe. tuk pertandingan tu memang nak masuk. sikit masa lagi akan hantar entry kat blog akak. tungguuuu…hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s