Teknologi bodoh tapi kreatif dan canggih

Pada hari ini, teknologi semakin hari semakin canggih. Sehinggakan teknologi yang baru kita guna sudah ada lagi teknologi lain yang lebih hebat.

Kali ini, teknologi yang ingin aku kongsi sungguh dahsyat sehinggakan masih belum lagi tercipta teknologi ni. Kalau ada pun memang hebatlah.

1. Pen berdarah.

Pen berdarah

  • Pen berdarah mungkin sesuai dengan nama teknologi ni. Menggunakan darah sebagai dakwat untuk menulis. Salah satu cara bagi yang kurang mampu membeli pen atau cara terbaik untuk membuat surat ugutan. Ada siapa-siapa yang berani nak buat ker??

2. Kalkulator bodoh.

Kalkulator bodoh

  • Kalkulator bodoh atau stupid calculator memang sesuai dengan namanya. Mana taknya…cuma boleh tekan nombor 1 dan “+” je. Nak kira untuk lain seperti darab, tolak dan bahagi langsung tak boleh.

3. Lifemeter – MATI ATAU HIDUP.

Jam mati atau hidup

  • Teknologi yang semua orang belum tentu nak miliki. Alat ni langsung tak menunjukkan waktu tapi nak beritahu sama ada pemilik yang pakai alat ni hidup lagi ke tidak. Amat sesuai untuk semua terutama pengguna jalan raya tidak kira pemandu atau penumpang. Senang sikit untuk petugas paramedik nak tahu korang hidup lagi ke tidak masa kemalangan. Hehehe…

4. Super Mixer.

Super mixer

  • Sekali pandang macam enjin motor bot. Dua kali pandang rupanya alat pengadun. Yang ini sesuai sangat untuk suri rumah untuk membuat kek. Kalau alat pengadun kat rumah tak cukup power boleh guna yang ini.

5. Pengawal Peti Ais.

Pengawal peti ais

  • Masalah berat badan sering membelenggu kepada wanita atau lelaki yang gemuk. Nah…sekarang dengan teknologi seperti ini pasti korang cepat kurus dengan serta merta. Dah tak payah guna lagi ubat formula yang hebat-hebat. Pada aku ini sudah cukup hebat. Hehehe…Pastikan sebelum beli teknologi ni belilah keranda dan buat surat wasiat cepat-cepat. Manalah tahu kalau korang dah terdesak sangat nak makan terlupa “pengawal” ni, tak ke susah nanti.

Nak tengok lagi gambar-gambar teknologi bodoh ni??. Klik disini.

Nota: Bila tak ada idea nak update blog, guna gambar lepas tu ulas sikit.

This entry was posted in Design. Bookmark the permalink.

12 Responses to Teknologi bodoh tapi kreatif dan canggih

  1. kaizen says:

    wahahaha…. nih teknologi betul ke tipu? lalalala~

  2. akubiomed says:

    Super Mixer kalau guna mahu berterbangan adunan kuih satu rumah🙂

  3. along says:

    PEN BERDARAH….
    NIE DAH KES ANIAYA…
    PENAT KUNYAH MAKANAN 40KALI
    BARU DAPAT SETITIK DARAH..
    NIEKAN PULA DARAH NAK JADI INK…
    TRAGIS SUNGGUH….

  4. along says:

    Haaa….
    yang jam 2 lg ler wat aniaya…
    watnya bateri low….
    sape yang nak bertanggungjwb…
    katakan..katakan…katakanlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s