Window XP kembali pulih

window xp

Sebelum ini aku ada cerita yang aku guna dua window untuk satu laptop. Sejak dari tu, window XP hanya dapat digunakan untuk bermain game dan autocad. Tapi, bila bab-bab untuk surf internet window XP mengalami problem bila driver yang aku install macam tak menjadi pulak.

Masalah bagi laptop jenis Compaq@HP ni, bila beli je CD driver tidak disediakan. Tak macam dengan brand dari Acer. Kesemua driver semuanya dalam satu CD. So, tak ada masalah untuk install driver. Lagi cepat dan mudah. Untuk itu, aku kenalah download kesemua driver. Ini berdasarkan pengalaman aku memformat laptop housemate aku.

Memang leceh yang amat sangat sebab bukan sikit drivernyer. Banyak…

So, kalau korang ada bercadang nak beli laptop atau komputer jenis Compaq@HP kenalah download kesemua driver supaya nanti senang untuk format. Pada yang tak tahu nak format tak payahlah untuk fikir ni. Sebab nanti hantar kedai juga.

Berbalik kepada kisah aku ni, aku pun tak tahu mana silapnya. Puas juga aku cari kat internet driver apa yang belum install. Setelah install driver yang entah-entah apa tu aku dah mula putus asa dan membiarkan macam tu je.

Jadi, sejak tu tugas untuk surf internet lebih banyak digunakan di window 7.

Bermula dari semalam, aku pun try and error jelah manalah tahu driver aku tu boleh pakai. Oleh kerana sebelum ni aku dah install kesemua driver, jadi aku fikir nak try untuk update driver.

Bila dah update driver, terus kesemua driver berjaya digunakan dan perkara yang menarik sekali bila aku dapat surf internet di window XP.

Device manager interface

Aku mula tergelak sorang-sorang bila memikirkan balik kenapalah aku tak buat macam tu dulu. Bukan sekejap aku biarkan driver aku macam tu je. Sudah hampir 6 bulan.

Inilah penantian yang aku tunggu-tunggu. So, lepas ni kalau ada kerja melibatkan design dapatlah guna kat window XP dan tak ada masalah untuk surf internet.

Ok…Macam mana kita nak tahu driver yang kita install sudah terpasang atau tak??

Untuk mengetahui macam mana aku buat, tunggu artikel seterusnya…

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

One Response to Window XP kembali pulih

  1. Pingback: Bagaimana untuk check driver yang siap di install « Master Pak Pandir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s