Bagaimana meningkatkan kelajuan download

cara-cara meningkatkan kelajuan download

Apabila kita sudah memasang internet, kita mula berangan untuk download macam-macam fail. Dari movie sampailah kepada software. Semua nak kita download. Tapi bila nak download tiba-tiba proses download ambil masa yang lama. Masa tu kita dah mula tension dan terfikir kenapalah jadi macam ni. Jadi, disini ada beberapa cara untuk meningkatkan kelajuan download tanpa perlu upgrade komputer.

1. Periksa dengan pembekal perkhidmatan internet mengenai pilihan sambungan internet.

Jika korang menggunakan akses internet dail-up, pertimbangkan untuk menaiktaraf kepada Direct Service Line (DSL) atau sambungan kabel. Bahkan jika korang sudah mempunyai sambungan kabel, kemungkinan pembekal perkhidmatan internet mempunyai kabel yang berkelajuan tinggi.

2. Fahami kelajuan sambungan.

Kelajuan internet diukur dengan jumlah data yang boleh dipindahkan per saat. Kebiasaanya, diukur dalam unit kilobait per saat (kbps) atau megabait per saat (Mbps). Kebanyakkan sambungan dail-up adalah 56kbps sedangkan sambungan kabel selaju 20Mbps. Apabila korang menghubungi pembekal perkhidmatan internet, mereka seharusnya memberitahu korang kelajuan sambungan mereka.

3. Tutup program yang tidak digunakan.

Ini membolehkan komputer mampu mengendalikan pemindahan data dengan lebih mudah. Jika boleh, download fail yang korang perlukan saat anda meninggalkan komputer.

4. Download yang penting dahulu.

Download fail yang anda fikir amat memerlukan dan kemudian barulah download fail yang lain. Tetapi, korang harus tahu semakin banyak fail yang download secara serentak semakin lambat proses mendownload.

5. Cuba download pada waktu yang berbeza dalam sehari.

Jika korang mendownload fail yang agak besar dan mengambil masa yang lama cuba cari masa yang difikirkan sesuai. Sebagai contoh, pada waktu malam pengguna internet adalah kurang dan memungkin korang untuk dapat mendownload dengan cepat.

6. Pasang Download Accelerator.

Download Accelerator adalah program yang menoptimumkan kemampuan download komputer korang. Ia bukan sahaja meningkatkan kelajuan mendownload tetapi mengurus fail yang anda download. Apabila korang mula mendownload fail, Download Accelerator akan menyimpan fail sehingga siap dan boleh menyambung kembali jika korang ingin memberhentikan seketika untun mendownload.

Aku juga nak mencadangkan beberapa software yang sesuai untuk korang download dengan cepat.

1. Internet Download Manager.

Sebuah software yang paling diminati ramai. Amat sesuai untuk download dan mengambil masa yang sekejap untuk mendownload.

2. Vuze 4.5

Software yang paling berkuasa untuk mencari, download dan tayang movie HD. Aku pernah menggunakan software ini dulu dan memang terbaik untuk cari fail terutama game-game lama.

3. Download Accelerator Manager 4.2.2.

Satu lagi software yang mampu untuk download fail yang korang inginkan. Software ini juga boleh download macam-macam fail.

4. Download Accelerator Plus 9.5.0.3.

Software yang mampu meningkatkan kelajuan download sehingga 200%. Aku pernah menggunakan software ni dan yang paling best ada disertakan dengan satu lagi software yang boleh “tarik” gila-gila bila korang nak tengok video di youtube.

This entry was posted in Komputer dan Tutorial. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s