MysteryGuitarMan – kreatif, hebat dan misteri

Semalam aku ada tengok video mamat sorang ni. Memang hebatlah. Dia buat video semua memang kreatif dan gila-gila. Pandai bermain alat muzik dan mengolah menjadi muzik yang sedap didengar. Mempunyai 80 video dan paling best sekali sudah berjuta orang yang telah menonton. Banyak komen-komen positif yang diberi kat mamat ni.

Bila aku tengok video yang dibuat sendiri teringat aku pada penyanyi Malaysia yang lahir di Malaysia. Dia ada nyanyi lagu sendiri dan telah disebarkan di youtube. Apa yang terjadi, penyanyi ni dilamar menjadi penyanyi di US. Siapa lagi kalau bukan Zee Avi.

Berbalik kepada mamat ni. Siapa mamat ni??. Orang Malaysia ke??

Mamat ni bernama Joe Penna. Dia berasal dari Sao Paulo, Brazil dan kini menetap di Los Angeles. Dahulu dia belajar di Universiti Massaachusetts sehingga 2007 dalam jurusan perubatan. Semasa dia belajar dulu, masa luangnya digunakan untuk menghasilkan video online.

Dia kemudian berhenti belajar dan meneruskan didalam bidang sinematografi, bekerja dengan video muzik dan iklan didalam dan disekitar Boston. Selain itu, dia juga mendapat anugerah dari Best Buy dengan memenangi $15000 dalam Tech-U-Out Video Challenge, finalis “Oreo Global Moment”, terpilih menjadi agen fiesta bagi Ford untuk 2011 Ford Fiesta Movement dan macam-macam lagi.

Apa yang menarik pasal dia ni ialah merupakan 10 penghibur terbaik didalam internet. Selain itu, dia mempunyai wallpaper untuk pengguna iPhone 2G, iPhone 3G, iPhone 3GS iPhod Touch dan perlbagai jenis handphone yang mempunyai resolusi 320 x 480. Bukan itu je, dia juga ada menjual t-shirt secara online.

Wallpaper

T-Shirt

So, sekarang tengok video ni. Video ni merupakan yang seronok aku tengok. Kira best of the best laa.

p/s: terfikir nak buat video untuk design aku. tunggu k…hehehe

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

2 Responses to MysteryGuitarMan – kreatif, hebat dan misteri

  1. fatimahazahrah says:

    yep2!i waiting ur design..😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s