Kisah Dark Vader

Kekejaman Dark Vader.

Semalam merupakan hari yang paling sesuai untuk aku mengenali seseorang yang dikenali sebagai Dark Vader. Dark Vader merupakan orang yang paling dikehendaki dalam dunia ini. Dark Vader terkenal dengan caranya yang kejam untuk menewaskan musuh. Kejayaan yang diperolehi sangat dibenci oleh penduduk Kampung Parit Hilir dimana penduduk ini mahukan kedamaian dan ekonomi yang baik. Sejak kedatangan Dark Vader pelbagai rungutan yang diterima oleh pihak TV3.

Kekejaman Dark Vader terhadap penduduk Kampung Parit Hilir.

Perkara ini pernah disiarkan di BULETIN UTAMA TV3. Siaran ini berlangsung selama 30 minit mengisahkan betapa menderitanya kehidupan penduduk yang ditadbir oleh Dark Vader.

Dark Vader ditemuramah oleh wartawan TV3.

Sejak kisah itu disiarkan, Dark Vader telah mengambil keputusan untuk tidak melakukan kekejaman kepada penduduk kampung parit hilir. Kisah ini telah dipaparkan di majalah 3 sehingga telah di dokumentarikan oleh pihak National Geografic dan sekutu kuat dark vader ialah White Vader.

Dark Vader menghayati cerita Harry Potter setelah menjadi baik.

Hari demi hari, kehidupan penduduk dengan Dark Vader sentiasa menjadi bualan hangat sehingga Alien yang berada di galaksi paragon yang berada 500 juta tahun cahaya juga tahu mengenai cerita ini. Keakraban ini telah membuat seseorang sakit hati yang amat sangat iaitu Pak Hamid yang merupakan jiran kepada Dark Vader.

Ayam belaan Dark Vader yang memiliki keanehan iaitu mematikan diri.

Pak Hamid memang benci sangat sejak Dark Vader kerana telah mengambil buah rambutan dibelakang rumahnya. Bukan banyak mana pun 5 biji sahaja untuk diberi kepada ayam belaan Dark Vader. Ayam Dark Vader ni memang pelik sikit. Apa yang dia nak mesti tuan Dark Vader kena turutkan kalau tidak ayam ni akan matikan dirinya selama seminggu.

Keanehan yang ada pada diri ayam ni telah membuatkan Pak Hamid mendapat idea untuk merampas pangkat dan kepopulariti yang ada pada Dark Vader.

Kedatangan Dark Vader semasa AJL

Pada suatu hari, Dark Vader tidak dapat menunaikan permintaan ayamnya itu sehingga ayam tu telah mematikan diri selama seminggu. Hal ini amat merisaukan Dark Vader kerana Dark Vader telah dijemput hadir untuk merasmikan Anugerah Juara Lagu edisi terhad yang dianjurkan oleh TV3. Dark vader meminta Pak Hamid untuk menjaga ayamnya itu dan Pak Hamid pun bersetuju.

Bermula episod mendebarkan apabila Pak Hamid telah menculik ayam Dark Vader lalu dicampak kedalam gaung di Banjaran Himalaya. Ayam itu mati dengan kepala tertanam di busut lebah dan badannya terpotong lima. Kejadian itu sungguh menyeronokkan bagi Pak Hamid sehingga dia ketawa berdekah-dekah dan akhirnya sakit jantung selama 10 minit.

Keesokannya, Dark Vader telah mendapati ayam belaannya telah hilang. Dia cuba mencari dibelakang jamban, direban first class dan ditempat laga ayam di Lorong Hitam dekat dengan rumah Mak Kiah. Dia masih tak jumpa juga. Sejak hari itu, Dark Vader mula gila dan akhirnya semua penduduk mula hilang keyakinan pada Dark Vader jika dia masih ingin mentadbir kawasan ini.

Sejak hari itu, bermula episod berdarah bagi semua penduduk disitu dengan membuat pilihan raya menggunakan dakwat darah untuk memilih calon yang sesuai bagi menggantikan Dark Vader. Akhirnya, Pak Hamid atau nama sebenarnya Jamil bin Kardi dipilih untuk menjadi pemimpin di kawasan parit hilir.

Dark Vader menjadi gila sebelum dihantar ke pusat gila.

Dark Vader pula telah menjadi hyper gila dan telah dihantar di Planet Musykil yang dulu dikenali sebagai planet Musytari.

p/s: cerita ini hanyalah rekaan sahaja.

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kisah Dark Vader

  1. alo..ha says:

    cerita ape ni???….~~~~~~~~~`’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s