Antara cermin mata dan contact lens

Minggu lepas aku terfikir nak pakai contact lens bila pengelihatan aku mula lain macam je. Aku ni dah lama rabun sejak tingkatan 5. Tapi, tiap kali aku pakai cermin mata aku rasa macam ada dinding kat depan aku sampaikan aku bercakap dengan orang, aku kurang dengar dan bila cikgu atau pensyarah mengajar aku langsung tak boleh nak tangkap apa yang dia ajar.

Tension juga bila keadaan macam tu. Ni kes biasa. Minggu lepas kalau tak silap aku pergi Kota Tinggi. Aku nak masuk simpang dekat dengan Klinik Penawar. Aku tengok motor tu macam jauh lagi. Aku pun masuklah simpang tu dengan yakinnya. Bila dah masuk baru perasan motor aku dengan motor dia dah dekat. Nasib baik cepat. Aku kata gila betullah. Nasib baik tak eksiden.

Sejak dari hari tu, aku mula nak pakai contact lens walaupun dulu aku tak suka pakai. Aku takut mata aku rosak kalau pakai contact lens kalau tak ikut cara pemakain dan penjagaan dia. Tapi, mengenangkan keadaan aku yang macam ni aku kenalah pakai. Kalau tak, sampai bila-bila aku macam ni juga.

Cerita tentang cermin mata ni aku memang tak pandai nak cari yang sesuai dengan aku. Asal pilih je ada je yang tak kena walaupun dah beli. Masa mula cuba kat kedai ok je. Tapi, dah bawa balik rumah dan pakai banyak kali baru perasan tak sesuailah. Waaa…tension aku. Apalah nasib aku ni. Huhuhu…

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s