Bagaimana menangani tayar meletup semasa memandu

Tayar meletup semasa anda memandu memang perkara yang sukar diduga. Kejadian seperti ini mampu mengakibatkan kemalangan yang serius. Sebagai pemandu, mental kita perlu bersedia untuk menghadapi keadaan ini supaya kita tidak mengelabah. Tetapi, bagaimana untuk mengawal kereta ketika tayar meletup??

Disini, ada beberapa langkah yang boleh kita buat.

1. Genggam stereng dengan kedua-dua tangan anda dan cuba bertahan pada kedudukan yang lurus. Maksudnya, bila genggam stereng jangan anda cuba untuk membelok. Kemudian, lepaskan perlahan-lahan pedal minyak untuk mengurangkan kelajuan.

2. Tekan pedal brake dengan sedikit demi sedikit. Jangan cuba brake dengan mengejut bila tayar meletup. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk kehilangan kawalan memandu.

3. Hidupkan signal dan pandu dengan perlahan ke jalan yang selamat. Jangan tiba-tiba terus keluar dari jalan raya. Cari kawasan yang jauh sedikit dari bahu jalan.

4. Letakkan kereta dan hidupkan lampu kecemasan sebagai isyarat kecemasan. Perhatikan kereta yang mendekati dan elakkan berdiri disisi kereta dengan menghadap jalan.

5. Tukar tayar kereta yang meletup atau telefon perkhidmatan towing. Jika anda boleh menggantikan tayar dan ada penumpang bersama anda suruh penumpang itu untuk memerhatikan keadaan lalu lintas. Ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa anda menukar tayar.

This entry was posted in Kereta. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bagaimana menangani tayar meletup semasa memandu

  1. mada says:

    teringat aku kat kreta mazda aku 2 masa kita antar kamal sama2….ishk..

    • Syah says:

      fulamak..kereta yang bawak seribu kenangan. ko jangan lupa kes nak eksiden tu. nasib baik tak kena. kalau kena masa tu….paling tidak masuk ICU.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s