Selamat Hari Bapa

Saban tahun kita akan menyambut hari bapa. Tidak kira kaum, agama dan bangsa. Macam-macam panggilan untuk seorang yang bergelar bapa seperti ayah, bapak, abi dan macam-macam lagi. Maksudnya tetap sama.

Tugas seorang bapa atau ayah memang berat. Macam-macam seorang ayah lakukan antaranya mendidik anak, menjaga dan melindungi anak, memberi nafkah kepada keluarga, dan sebagainya. Bukan senang untuk menjadi seorang ayah. Banyak cabaran yang harus dihadapi.

Sekadar gambar hiasan.

Disaat aku menaip artikel ni, aku teringat bagaimana ayah aku mencari rezeki. Aku lihat sendiri dia menyusun batu disebuah kilang batu. Apa yang boleh aku katakan semasa dia kerja tu tangan dia sakit-sakit. Lepas tu, dia bekerja dengan mengangkat tanda sawit untuk dijual ke kilang sawit. Memang berat…setandan sawit berat nyer dalam 30 hingga 50kg. Ini jangkaan aku. Tapi rasanya lebih. Aku pernah cuba tapi memang perit. Sakit bahu ni nak tahan tanda sawit.

Sesuatu yang menarik tentang ayah aku bila dia tanya nak jual tak motor ni??. Dengan pantas aku cakap tak boleh. Motorsikal ni banyak tinggalkan kenangan bagi diri aku. Motorsikal nilah yang bawa ayah aku pergi kerja di kilang batu. Motorsikal ni jugalah yang bawa aku pergi ke bandar. Memang banyak kenangan dengan motorsikal ni. Memang motorsikal ni yang terbaik.

Macam mana pun, selamat hari bapa kepada ayah aku. Terima kasih ayah.

p/s: selamat hari ibu mak. Walaupun dah lepas nak wish. hehehe…thanks for everything.

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

3 Responses to Selamat Hari Bapa

  1. amin... says:

    hapy father’s day for my beloved dad..!!!
    i love you..!!

  2. along says:

    SELAMAT HARI BAPA
    Along sayangkan ayah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s