Tips penjagaan tayar kereta

Keadaan tayar yang tidak dijaga.

Semakin hari semakin banyak kereta berada diatas jalan raya. Maka dengan itu semakin banyak tayar dikeluarkan. Agak-agak betul tak hipotesis aku ni??. Pada kali ini, kita akan menjengah tentang penjagaan tayar kereta. Tayar kereta merupakan komponen yang terpenting untuk mengerakkan kereta. Tanpa tayar semua kereta atau kenderaan tak boleh bergerak.

So, macam mana kita nak jaga tayar kereta??. Disini, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikan untuk semua pengguna kereta sama ada baru memiliki kereta, sudah ada kereta dan yang masih belum ada kereta seperti aku. Tips yang diberikan mampu memastikan tayar berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

1. Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

2. Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.

Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.

3. Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

4. Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

5. Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

6. Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.

7. Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

8. Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

9. Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

Lepas ni, korang boleh praktikan tips-tips ni supaya keadaan tayar sentiasa elok dan terjamin selamat.

Sumber: http://macam2u-naza.blogspot.com/2008/08/tips-penjagaan-tayar-kereta.html

This entry was posted in Kereta. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s