Seminggu aku bekerja

Sudah seminggu aku bekerja di kilang biskut yang terletak di suatu tempat di Muar. Nama kilang biskut dirahsiakan. HEHEHE… Ini merupakan pertama kali aku bekerja dan cuba mencari pengalaman dengan dunia pekerjaan. Masa aku apply kerja ni main-main je. Aku apply kerja jadi QC dan akhirnya aku dapat QC bahagian baking and coating.

Mula-mula dapat call dari company ni memang macam tak percaya sampaikan aku tergelak sorang-sorang memikirkan pertama kali aku bekerja dan macam tak percaya dapat kerja ni pulak. Dahlah main-main je. Terasa gembira juga setelah lama menanti untuk bekerja akhirnya dapat juga.

Masa hari pertama aku bekerja berdebar-debar juga tapi kena laa cool. HEHEHE… Buat macam biasa je. Bila dah masuk ruang pejabat, HR bagi taklimat tentang kerja yang dah dapat. Masa tu ada 7 orang termasuk aku yang start bekerja hari isnin tu.

Lepas bagi taklimat kiteorang dibawa sekeliling kilang dari luar sampai dalam. Bila tengok tak adalaa besar mana tapi cukup laa untuk membuat biskut dari buat doh sampailah bahagian packing. Kemudian kiteorang diperkenalkan kepada semua QC pada setiap bahagian department. Aku dibahagian baking dan coating.

Sejak masuk bahagian ni, aku asyik berpeluh jer. Mana taknya, duk kat ketuhar selama 12 jam. Waaa…panas beb. Ada orang tu cakap neraka jahanam, neraka level 1 dan macam-macam lagi laa.

Pengalaman aku dikilang biskut memang aku tak boleh lupa sepanjang seminggu. Banyak untuk diceritakan tapi cukuplah untuk ini. Apa yang penting hari-hari makan biskut free. HEHEHE…Nyam…nyam…


This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s