Manusia itu ‘Gila’

GILA…

Ungkapan yang sinonim dengan orang yang tak siuman, tak ada otak dan macam-macam lagi. Tapi bila kita lihat sekeliling kita perhatikan ada juga orang yang akalnya baik tapi ‘gila’. Haaa…’gila’ yang macam mana tu agaknya??

Kat dunia yang fana ni, ada macam orang yang ‘gila’. Antaranya ialah…

1. Gila bola.

Emmm…yang ini biasanya lelaki laa. Kalau perempuan tak ramai. Macam aku tak minat bola sangat tapi still follow up terutama pasukan kegemaran aku Manchester United. Orang yang gila bola sanggup bangun awal pagi semata-mata nak tengok perlawanan pasukan kegemaran mereka. Tak lama lagi FIFA World Cup nak berlangsung. Masa tu tido bola…makan bola…minum bola…dan semua berkaitan dengan bola.2. Gila Shopping.

Yang ni pulak biasanya perempuan. Pantang ada jualan murah mesti semua yang nak dibeli. Nak tu…nak ini…Perkara ni memang susah nak dinafikan. Kalau suaminya ikut penat angkat barang je. Nasib baik ada trolly. Senang nak bawa barang yang dibeli.

3. Gila talak.

Yang ni parah banyak. Macam cerita ADAMAYA. Si Dani dah macam gila talak cuma dalam kes ni Si Maya berkahwin dengan Adam. Tapi, kalau kes gila talak yang sebenar lagi laa teruk. Tak dapat tengok bekas bini tengok rumah pun oklaa. Kepada lelaki semua, jangan salah guna kuasa talak yang Allah bagi kat kita. Hati-hati bila bercakap terutama masa marah.

4. Gila komik.

Haaa…siapa kat sini ada komik yang dah simpan berkurun lamanya??. Mesti ramaikan. Gila komik ni pantang komik baru keluar. Memang terus beli. Yang penting aku baca dulu. Teringat housemate aku yang beli APO!. Bila ada je kat kedai terus beli. Aku pula tumpang sekaki. HEHEHE…

5. Gila-gila.

Yang ni bukan komik GILA-GILA. Tapi orang tu sikapnya gila-gila. Orang ni susah nak aku beritahu macam mana orangnya. Tapi, orang ni jenis happy go lucky. Ada je perangai yang pelik-pelik keluar dari diri dia. Memang susah nak dijangka.

Kat sini aku baru senaraikan 5. Tapi bila kita lihat di luar sana macam-macam ‘gila’ ada. Korang nilailah sendiri. Bak kata Nabil LU FIKIR LAA SENDIRI…

This entry was posted in Fikir-fikirkan lah.... Bookmark the permalink.

3 Responses to Manusia itu ‘Gila’

  1. ifa says:

    huhuhuhu…mcm2 gilaaaaaa….
    nsib baek sye x gilaa….huhu~

  2. ifa says:

    hahahaha…gila2…..nasib baik sye x gilaa….huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s