Majlis Konvokesyen Politeknik Johor Bharu kali ke-12

Majlis konvokesyen POLITEKNIK JOHOR BAHRU kali ke-12 telah diadakan di Stadium Perbadanan Pasir Gudang pada 27 April 2010. Sesuatu yang menarik sebab aku pun ada masa konvo bukan sebagai ajk tapi sebagai graduan. Macam tak percaya selama 3 tahun berhempas pulas belajar akhirnya dapat juga menggengam segulung diploma.

Masa di politeknik aku amik diploma kejuruteraan mekatronik. Boleh dikatakan satu course yang memang ‘giler’. Nasib baik aku tak gila bila amik course ni. HEHEHE…

Kepada budak-budak DEM tahniah diatas kejayaan korang. Memang tak sia-sia apa yang korang usahakan selama ni. Kepada lecturer yang mengajar aku selama ni aku ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK terutama kepada PA aku En. Hamid, Pn. Normah dan tidak lupa juga pada penyelia projek aku En. Sazlan yang banyak membantu team aku dalam buat projek ‘giler’.

Kepada housemate aku, tak sangka dapat juga konvo sama-sama. Tahniah aku ucapkan kepada korang semua. Next time jumpa lagi ok. Bila nak kawin jangan lupa bagi kad. Boleh aku datang. Budak DEM macam tu juga. Jangan lupa bagi kad.

Kat sini aku ada beberapa gambar masa hari konvo aku.

Perarakkan masuk graduan-graduan Politeknik Johor Bahru.
Dalam gambar ni kedudukan aku 5 dari belakang.

Ketibaan Yang berhormat, pengarah politeknik dan ketua jabatan.


Hari itu memang penuh bermakna terutama kepada keluarga aku cuma akak aku lagi sorang tak dapat nak datang sebab kerja. Tapi yang penting mak ayah aku dapat tengok anak dia ni naik pentas amik diploma. Paling tidak terubat hati diorangkan.

Terima kasih mak…terima kasih ayah… Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila.

Kepada yang masih belajar tidak kira masih sekolah, di politeknik atau di universiti teruskan belajar dan jangan putus asa. Buat yang terbaik. Walaupun pointer rendah tapi yang penting keberkatan ilmu yang kita dapat. Itu yang aku belajar dari kawan aku.

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

3 Responses to Majlis Konvokesyen Politeknik Johor Bharu kali ke-12

  1. ifa says:

    huhuhu…tahniah2…da grade ek….hehe
    sye lmbt agi laa…huhuhu…anyway..tahniah la yer…huhu~

  2. ifa says:

    tahniah laa pde awk yer….
    da grade da ek…huihu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s