Aku, laptop dan wordpress…

Sudah lama aku dah tak update blog ni. Sudah seminggu lamanya. Ini bukan bermakna aku dah tak mahu lagi teruskan dunia blogging aku. Dalam seminggu tu aku bukan duduk diam dihadapan laptop kesayanganku. Tapi, aku cuba cari idea-idea baru untuk aku letak dalam blog aku. Dalam seminggu juga aku dah update blog aku yang lain. Korang dapat tengok blog aku kat bahagian BLOGROLL.

Sepanjang aku berada didunia blogging baru aku tahu bukan senang untuk aku update setiap blog aku. Walaupun sudah ada perancangan untuk update setiap blog namun terasa masih payah lagi. Aku cuba juga namun masih sama juga walaupun aku sentiasa berada di rumah dan hanya sesekali keluar rumah untuk ke kedai. Macam mana nie???

Tapi, selangkah masuk didunia ini tak kan nak berundurkan??

So, aku ambil keputusan untuk teruskan juga. Aku sentiasa cuba bagi yang terbaik. HEHEHE… Kalau nak di ikutkan nak give up je. Bila nak update blog jer terus hilang idea aku nak ‘mengayat’. Kalau hari-hari macam ni pening kepala. Tapi, dalam kepala ni banyak idea nak di kongsikan. Nak tau ke??

Oklaa…aku beritahu sikit. Aku cuba nak buat cerpen. Tapi, masih belum berjaya lagi nak buat. Idea sudah ada tapi nak ‘muntahkan’ masih belum menjadi. Bukan senang nak buat cerpen lagi-lagi tak ada pengalaman. Tapi, kalau tak buat sampai bila nak mahir. Betul tak???.

Macam manalah dari bidang engineering boleh kepada bidang sastera pulak aku ni. HEHEHE…Tapi, itulah AKU. Aku suka buat sesuatu yang baru, ada adventure, tekanan baru seronok. Dulu masa belajar aku perlukan satu tekanan supaya aku dapat belajar. Bila dah ada tekanan makin aku seronok. Dari situ, barulah aku dapat idea-idea yang lain untuk aku atasi tekanan.

So, dalam dunia blogging ni aku nak serap tekanan supaya aku dapat belajar dengan cepat, bahagikan masa dengan betul dalam semua aspek. Walaupun susah tapi pasti ada manisnya.

Kepada pembaca, maaflah kalau aku cakap merapu. Aku nak ucap terima kasih kepada pengunjung yang sudi datang ke blog aku yang tak sebarapa ni.

This entry was posted in Aku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s