Sejarah Piala Dunia (World Cup FIFA)

Cerita pasal bola nie sampai bila-bila pun tak akan habis. Lagi-lagi tahun nie ada ‘world cup’. Waaa…mesti ramai yang tengok. Masing-masing sokong pasukan pilihan. Kalau aku diberi pilihan aku sokong Brazil sebab dah banyak kali ‘team’ Brazil menang ‘world cup’. Nanti ‘time’ world cup ramailah yang pergi kedai mamak. Penuh meja…pas tu bila gol jer riuh sekampung…hehehe..macam-macam kalau bab bola nie.

So, kali nie kita akan menyingkap sejarah terjadinya Piala Dunia nie atau pun FIFA World Cup.

Piala Dunia FIFA diadakan 4 kali setahun dimana sebanyak 32 negara dari 5 benua akan berentap untuk memenangi trofi terunggul iaitu trofi Piala Dunia FIFA. Pada tahun ini Afrika Selatan merupakan negara tuan rumah bagi perlawanan ini yang bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai.

Berikut merupakan sejarah World Cup FIFA.

1. Siapa yang mencetuskan idea World Cup FIFA?
– Jules Rimet yang merupakan Presiden FIFA pertama.

2. Apakah tujuan World Cup FIFA diadakan?
– Ia bertujuan untuk menghimpunkan semua pasukan yang terbaik disemua benua diadakan didalam kejohanan.

3. Dimanakah perbincangan dibuat?
– Perbincangan dibuat di Amsterdam yang dihadiri oleh Rimet dan anggota kongrasnya.

4. Negara mana yang menjadi tuan rumah bagi edisi sulong ini?
– Negara Uruguay merupakan negara pertama yang menjadi tuan rumah pada tahun 1930 di Montevideo. Selain itu, negara ini merupakan negara yang memiliki pasukan yang terhebat pada ketika itu.

5. Negara manakah yang menjulang trofi bagi edisi sulong?
– Uruguay. Pada ketika itu, Uruguay telah mengalahkan Argentina dengan jaringan 4-2.

6. Apakah nama trofi World Cup?
– Jules Rimet. Nama tersebut dipilih bagi mengambil nama sempena pengasas presiden FIFA yang pertama. Piala tersebut diperbuat daripada emas padu, mempunyai berat 3.8kg dan tinggi 35cm serta diukir oleh pereka terkenal Perancis,Abel La Fleur.

7. Kejadian apakah yang berlaku pada trofi tersebut menjelang World Cup pada tahun 1966?
– Piala tersebut pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Center Hall, London dan telah ditemui oleh anjing bernama Pickles 7 hari kemudian.

8. Negara mana yang menyimpan Piala Jules Rimet?
– Brazil. Negara ini telah menyimpan setelah memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan pada tahun 1958, 1962 dan 1970 setelah diputuskan oleh pihak FIFA. Namun, piala tersebut telah dicuri daripada Konfedarasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan. Kejadian ini berlaku pada tahun 1983.

9. Siapa yang mereka piala baru World Cup?
– Silvio Gazzaniaga. Merupakan pereka terkenal dari Itali. Piala tersebut menggunakan emas 18 karat,tinggi 36cm dan berat 4.97kg.

Oklaa…tu semua mengenai sejarah Piala Dunia. Maaf ea kalau korang penat membaca.
Selepas ini akan ada entri mengenai bola jugak. So, tunggu k..

This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s